Page 31 - Bulletin_APM_Sept_Okt2024
P. 31
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
PENERIMAAN GERAN OLEH
PENSYARAH APM
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Profesor Madya Dr.
Salinah Ja'afar, Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Melayu
(APM), Universiti Malaya, atas pencapaian luar biasa beliau
dalam memperoleh geran penyelidikan berjumlah RM12,000
untuk program Ijazah Doktor Falsafah dengan tajuk kajian
"Social and Memory Theory in Malaysian Diasporic Communities
in Australia Through Cuisine Exploration."Kajian ini memberi
tumpuan kepada komuniti diaspora Malaysia di Australia melalui
perspektif teori sosial dan memori dengan penekanan pada
eksplorasi masakan sebagai medium untuk memahami identiti
dan budaya mereka. Majlis dirasmikan oleh Yang Amat
Berbahagia Dr. Hajah Halimah Yacob, Canselor Universiti Sains
Sosial Singapura. Turut hadir menyampaikan ucapan ialah Tuan
Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd
Rustam yang juga Presiden DMDI, YBhg. Prof. (Adj.) Datuk Dr.
Hj. Mohd Hasbi bin Abu Bakar, Pengerusi DMDI Singapura
merangkap Naib Presiden DMDI.
31