Page 36 - Bulletin_APM_Sept_Okt2024
P. 36
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
( )
Program HATI 2024 ialah sebuah acara tahunan anjuran Akademi
Pengajian Melayu (APM) yang bertujuan menyambut kedatangan
mahasiswa baharu tahun pertama bagi Sesi Akademik 2024/2025.
Program ini berlangsung pada 13 Oktober 2024 dengan matlamat utama
untuk memperkenalkan pelajar kepada budaya akademik di APM dan
mewujudkan hubungan harmoni antara pelajar, pensyarah, serta pihak
pentadbiran. Program ini telah berlangsung dengan jayanya di Dewan
Semarak, Akademi Pengajian Melayu.
36