Page 43 - Bulletin_APM_Sept_Okt2024
P. 43
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
FORUM MELAYU JATI, MELAYU DAGANG DAN
MELAYU PERANAKAN
Pada 23 Oktober 2024, seramai 72 mahasiswa tahun pertama dari kelas
Pengurusan Sumber Sejarah Pengajian Melayu, Universiti Malaya, telah
menghadiri satu sesi Bicara Sejarah yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium
Negara, dengan iringan Dr. Abdul Muqit Muhammad. Program ini
menampilkan dua tokoh sejarah terkemuka dari Universiti Malaya iaitu
Profesor Emeritus Dato' Dr. Abdullah Zakarian Ghazali dan Dr. Azharuddin
Mohamed Dali. Kedua-dua tokoh ini menyampaikan pembentangan yang
mendalam mengenai keunikan identiti Melayu.
43