Page 44 - Bulletin_APM_Sept_Okt2024
P. 44
PENGAJIAN MELAYU MERENTASI DISIPLIN ILMU
SYARAHAN KHAS PRO-CANSELOR
Syarahan Khas Pro-Canselor anjuran Akademi Pengajian Melayu (APM)
dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor Universiti Malaya telah
berlangsung dengan jayanya di Dewan Semarak, APM, Universiti
Malaya. Acara ini menjadi platform ilmiah yang bermakna dalam
mengupas isu-isu berkaitan sejarah, budaya, dan warisan bangsa
Melayu. Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ramli Ngah Talib,
Pro-Canselor Universiti Malaya, telah menyampaikan syarahan bertajuk
“The Malays - Pathfinder and Trailblazer”. Diharapkan program seperti
ini akan terus dianjurkan untuk memperkukuh pemahaman masyarakat
tentang sejarah dan warisan bangsa.
44