Page 34 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 34
DOKTOR FALSAFAH SECARA KURSUS DAN PENYELIDIKAN
DOCTOR OF PHILOSOPHY BY COURSEWORK & RESEARCH
Nama Program : Doktor Falsafah
Kod Program : PWA
Mod Program : Kursus dan Penyelidikan
1. Jenis Program
Program secara Kursus dan Penyelidikan iaitu program pengajian secara gabungan perkuliahan dan penyelidikan yang
membawa kepada penghasilan tesis.
2. Struktur Program
(1) Program Ijazah Doktor Falsafah secara Kursus dan Penyelidikan yang berjumlah 84 jam kredit terdiri daripada dua
bahagian berikut:
(a) Bahagian 1 yang melibatkan kursus berjumlah 24 jam kredit yang terdiri daripada—
(i) Tiga Kursus Teras Wajib Fakulti yang setiap satunya berjumlah tiga jam kredit;
(ii) Lima Kursus Elektif Bidang Pengkhususan yang setiap satunya berjumlah tiga jam kredit; dan
(b) Bahagian 2 yang melibatkan penyelidikan yang membawa kepada penghasilan tesis berjumlah 56 jam kredit.
(2) Calon perlu menyempurnakan Bahagian 1 sebelum dibenar meneruskan pengajian ke Bahagian 2.
3. Syarat Kemasukan
Kelayakan masuk untuk mengikuti program ini adalah seperti berikut:
(1) Calon Tempatan
(a) Ijazah Sarjana yang di iktiraf; Sekiranya Sarjana Mod Campuran atau Kerja Kursus CGPA perlu
sekurang-kurangnya 3.0
(b) Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.0 yang di iktiraf
(c) Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.
atau
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh
Senat Universiti Malaya.
20