Page 39 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 39
Program pengajian secara Kursus dan Penyelidikan
Calon perlu memenuhi keperluan berikut untuk tujuan pengijazahan bagi program pengajian secara Kursus dan Penyelidikan:
(a) Memenuhi keperluan komponen kursus, iaitu—
(i) mencapai PNGK terakhir 3.0 dan ke atas;
(ii) menyempurnakan bilangan jam kredit seperti mana yang ditetapkan untuk program pengajiannya. Daripada
jumlah jam kredit yang diperlukan untuk pengijazahan, sekurang-kurangnya dua pertiga daripada jumlah jam
kredit yang diperolehi hendaklah daripada kursus yang dijalankan oleh Universiti; dan
(iii) memenuhi keperluan Fakulti di mana ia mendaftar program pengajiannya, jika ada; dan
(b) Memenuhi keperluan komponen penyelidikan, iaitu—
(i) mencapai tahap Lulus dalam peperiksaan tesisnya;
(ii) lulus peperiksaan viva yang ditetapkan; dan
(iii) memenuhi keperluan lain yang ditetapkan oleh Fakulti di mana ia mendaftar program pengajiannya, jika ada;
dan
(c) memenuhi keperluan bahasa sepertimana yang ditetapkan untuk program pengajiannya.
25