Page 42 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 42
Memperolehi skor minimum band 5.5 bagi International English Language Testing System (IELTS)(Academic).
atau
Memperolehi skor minimum sebanyak 550 (Paper based), skor 213 (Computer based) atau skor 80 (Internet based)
bagi Test of English as a Foreign Language (TOEFL)
3. Tempoh Pengajian
Tempoh Minimum : 3 Semester Biasa
Tempoh Maksimum : 8 Semester Biasa
4. Matlamat Program
Untuk menghasilkan graduan yang cemerlang dalam bidang Pendidikan Islam dan yang berupaya memantau dan memperbaiki
amalan mereka serta boleh mengaplikasi pengetahuan praktikal, teori dan penyelidikan untuk menyelesaikan masalah akhlak
dan keohanian yang berkaitan dengan bidang Pendidikan Islam bagi mencapai aspirasi nasional dan global.
5. Hasil Pembelajaran Program
Di akhir program, pelajar dapat;
Domain Hasil Pembelajaran
MQF
PO1 Menguasai pengetahuan lanjutan dan terkini dalam bidang Pendidikan Islam.
PO2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan untuk menyelesaikan masalah berkaitan
Pendidikan Islam.
PO3 Mempamerkan keprihatinan terhadap isu kontemporari berkaitan Pendidikan Islam.
PO4 Mempraktikkan akhlak dan amalan terbaik secara profesional dalam menguruskan maklumat, menjana
pengetahuan serta inovasi dalam bidang Pendidikan Islam.
PO5 Mempamerkan nilai kepimpinan dan kolaborasi dengan pelbagai pihak bagi menyebarkan ilmu
Pendidikan Islam secara rasional dan bermakna kepada masyarakat.
PO6 Menganalisis teori, polisi dan aliran kontemporari berkaitan bidang Pendidikan Islam secara kritis dan
saintifik.
PO7 Mengurus maklumat ilmiah daripada pelbagai sumber sebagai asas pembelajaran Pendidikan Islam
sepanjang hayat.
6. Struktur Program
Struktur Program Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam) berasaskan pendekatan bersifat kontemporari untuk melahirkan
pendidik/guru/pengajar yang cemerlang. Kandungan kurikulum direkabentuk bersandarkan perkembangan ilmu pendidikan
daripada perspektif perkhidmatan dan pengajaran yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Negara
serta Pelan Transformasi Negara.
Program ini merangkumi Empat Puluh Lima (45) jam kredit iaitu merangkumi Sembilan (9) jam kredit bagi kursus teras, Enam
(6) jam kredit bagi kursus elektif bidang dan Tiga Puluh (30) jam kredit bagi disertasi yang melibatkan aktiviti kuliah, tugasan,
perbincangan, pembentangan, penyelidikan, lawatan dan pendekatan yang berasaskan teknologi.
28