Page 46 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 46
Kursus Teras Fakulti (Pilihan Wajib)
POX 7001 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan 3 kredit
POI 7001 Teori Perkembangan Nilai dan Pembangunan Insan 3 kredit
POI 7002 Kurikulum Penilaian Nilai dan Kemanusiaan 3 kredit
Kursus Elektif (Pilih Dua)
POI 7006 Pendidikan Kewarganegaraan dan Patriotisme 3 kredit
POI 7003 Trend dan Isu dalam Pendidikan dan Pembangunan Insan 3 kredit
POI 7004 Kognisi dalam Pendidikan dan Pembangunan Insan 3 kredit
POI 7005 Devians, Delikuensi dan Masalah Sosial 3 kredit
POI 7007 Penilaian dalam Pendidikan Nilai dan Kemansusiaan 3 kredit
Disertasi
POX 7002 Disertasi 30 kredit
PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Nilai dan Kemanusiaan)
1. Pendaftaran Kursus
(1) Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan semester.
(2) Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk kredit yang diperuntukan
bagi penyelidikan pada mana-mana semester melainkan ia diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.
2. Penyeliaan
Pelantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.
3. Ketetapan Bidang Penyelidikan
Ketetapan bidang bagi disertasi hendaklah dilakukan sebelum calon memulakan penyelidikannya.
4. Penyerahan
(1) Tajuk disertasi hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan semasa calon memberi notis untuk penyerahan
disertasinya.
(2) Calon hendaklah menyerahkan disertasi untuk peperiksaan dalam tempoh pencalonannya. Tempoh yang diambil
untuk pemeriksaan disertasi dan apa-apa tempoh pembetulan atau kajian lanjut yang diperlukan oleh Jawatankuasa
Pemeriksa tidak dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh maksimun pencalonan calon.
32