Page 48 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 48

3.      Tempoh Pengajian

                    Tempoh Minimum       : 3 Semester Biasa
                    Tempoh Maksimum      : 8 Semester Biasa

            4.      Matlamat Program

                    Untuk  melahirkan  pakar  dalam  bidang  Pendidikan  Seni  Visual  yang  boleh  berfungsi  sebagai  perancang  dan  pelaksana  di
                    pelbagai agensi pendidikan sektor kerajaan dan swasta, selaras dengan visi dan misi Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dalam
                    hal penjanaan ilmu dalam pendidikan dan pembangunan insan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

            5.  Hasil Pembelajaran Program

                    Di  akhir program, pelajar dapat;

                        Domain                                 Hasil Pembelajaran
                         MQF
                         PO1      Menguasai teori dan prinsip penting dalam bidang Pendidikan Seni Visual


                         PO2       Mengaplikasi kemahiran penyelidikan untuk menyelesaikan masalah berkaitan bidang Pendidikan
                                  Seni Visual dalam konteks  multidisiplin dan pelbagai budaya

                         PO3      Mempamerkan keperhatinan terhadap perkembangan dan isu kontemporari berkaitan Pendidikan
                                  Seni Visual

                         PO4      Mengekalkan amalan terbaik dalam pengurusan maklumat supaya mampu menjana pengetahuan
                                  berkaitan bidang Pendidikan Seni Visual secara profesional

                         PO5      Menampilkan  nilai  kepimpinan  yang  inovatif  menerusi  kolaborasi  dengan  pelbagai  pihak  bagi
                                  meluaskan ilmu Pendidikan Seni Visual sesuai dengan keperluan semasa

                         PO6      Menganalisis teori, polisi dan aliran kontemporari berkaitan dengan bidang Pendidikan Seni secara
                                  kritis dan saintifik.

                         PO7      Melibatkan diri dalam mengurus maklumat bagi melestarikan pembelajaran Pendidikan Seni secara
                                  berterusan.


            6.  Struktur Program

                    Struktur  Program  Ijazah  Sarjana  Pendidikan  (Pendidikan  Seni  Visual)  dirangka  mengikut  pendekatan  kontemporari  yang
                    mengambil kira unsur teori dan amalan umtuk pengajian peringkat lepasan ijazah yang terkini. Manakala kandungan kurikulum
                    pula direkabentuk mengikut perspektif perkhidmatan dan pengajaran yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
                    Wawasan Negara serta Pelan Transformasi Negara.

                    Program ini merangkumi Empat Puluh Lima (45) jam kredit yang merangkumi  Sembilan (9) jam  kredit bagi kursus teras, Enam
                    (6) jam kredit bagi kursus elektif  dan Tiga Puluh (30) jam kredit bagi disertasi.  Kursus-kursus disampaikan menerusi kuliah,
                    pembacaan online menggunakan spektrum, perbincangan, kerja kelas, kerja studio, pembentangan, dan aktiviti penyelidikan,
                    bergantung  pada  sifat  kursus  yang  terlibat.  Penyediaan  disertasi  bermula  pada  semester  3  setelah  semua  kursus
                    disempurnakan.












                                                                                                           34
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53