Page 49 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 49
Kursus Teras Fakulti (Pilihan Wajib)
POX 7001 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan 3 kredit
POJ 7001 Kurikulum dalam Pendidikan Seni Visual 3 kredit
POJ 7002 Perspektif Penyelidikan Pendidikan Seni Visual 3 kredit
Kursus Elektif (Pilih Dua)
POJ 7003 Pentaksiran dan Penilaian Pendidikan Seni Visual 3 kredit
POJ 7004 Perkembangan Seni Visual Kanak-Kanak 3 kredit
POJ 7005 Psikologi Seni Visual 3 kredit
POJ 7006 Seminar dalam Penyelidikan Pendidikan Seni Visual 3 kredit
Disertasi
POX 7002 Disertasi 30 kredit
PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Seni Visual)
1. Pendaftaran Kursus
(1) Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan semester.
(2) Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk kredit yang diperuntukan
bagi penyelidikan pada mana-mana semester melainkan ia diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.
2. Penyeliaan
Pelantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.
3. Ketetapan Bidang Penyelidikan
Ketetapan bidang bagi disertasi hendaklah dilakukan sebelum calon memulakan penyelidikannya.
4. Penyerahan
(1) Tajuk disertasi hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan semasa calon memberi notis untuk penyerahan
disertasinya.
(2) Calon hendaklah menyerahkan disertasi untuk peperiksaan dalam tempoh pencalonannya. Tempoh yang diambil
untuk pemeriksaan disertasi dan apa-apa tempoh pembetulan atau kajian lanjut yang diperlukan oleh Jawatankuasa
Pemeriksa tidak dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh maksimun pencalonan calon.
35