Page 51 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 51
3. Tempoh Pengajian
Tempoh Minimum : 3 Semester Biasa
Tempoh Maksimum : 8 Semester Biasa
4. Matlamat Program
Untuk menghasilkan graduan yang dinamik dan reflektif dalam bidang Sosiologi Pendidikan, yang berupaya memantau dan
memperbaiki amalan profesionalisme mereka dengan kebolehan mengaplikasi pengetahuan teori, megukuhkan kemahiran
praktikal dan menyempurnakan aktiviti penyelidikan dalam menyelesaikan masalah berkaitan bidang bagi menyumbang kepada
masyarakat tempatan dan antarabangsa.
5. Hasil Pembelajaran Program
Di akhir program, pelajar dapat;
Domain Hasil Pembelajaran
MQF
PO1 Mengaplikasikan dan megintegrasikan pengetahuan berkaitan isu dan trend global dan tempatan
terkini dalam penyelidikan bidang Sosiologi Pendidikan berkaitan sistem sosial dan sekolah.
PO2 Mengaplikasi kemahiran teknik penyelidikan untuk memperoleh dan memajukan pengetahuan agar
menyelesaikan masalah berkaitan bidang Sosiologi Pendidikan dalam konteks sekolah dan
masyarakat global dan tempatan
PO3 Mempamerkan kebolehan berkomunikasi, memimpinan dan berkerjasama dengan pelbagai pihak bagi
melaksanakan aktiviti bagi meluaskan ilmu Sosiologi Pendidikan untuk keperluan semasa sekolah
dan masyarakat
PO4 Melibatkan diri dengan penggunaan kemahiran saintifik dan proses penyelesaian masalah untuk
mensintesiskan pengetahuan lanjutan dalam bidang Sosiologi Pendidikan global dan tempatan
PO5 Mempamerkan profesionalisme sebagai seorang pendidik dengan keprihatinan dan kebolehan dalam
mengembangkan komuniti pembelajaran masa hadapan berkaitan isu kontemporari Sosiologi
pendidikan dalam konteks sekolah dan masyarakat global dan tempatan
PO6 Mereka bentuk dan menjalankan penyelidikan serta menganalisis secara kritis, dan beretika isu-isu
kontemporari berkaitan bidang Sosiologi Pendidikan
PO7 Mengembangkan pengetahuan, pelbagai potensi dan bakat berkaitan Sosiologi Pendidikan secara
berterusan, inkremental dan kumulatif dalam konteks sistem sosial dan sekolah
6. Struktur Program
Struktur Program Ijazah Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan) dirangka mengikut pendekatan kontemporari yang
mengambil kira unsur teori dan amalan umtuk pengajian peringkat lepasan ijazah yang terkini. Manakala kandungan kurikulum
pula direkabentuk mengikut perspektif perkhidmatan dan pengajaran yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Wawasan Negara serta Pelan Transformasi Negara.
Program ini merangkumi Empat Puluh Lima (45) jam kredit yang merangkumi Sembilan (9) jam kredit bagi kursus teras, Enam
(6) jam kredit bagi kursus elektif dan Tiga Puluh (30) jam kredit bagi disertasi. Kursus-kursus disampaikan menerusi kuliah,
pembacaan online menggunakan spektrum, perbincangan, kerja kelas, kerja studio, pembentangan, dan aktiviti penyelidikan,
bergantung pada sifat kursus yang terlibat. Penyediaan disertasi bermula pada semester 3 setelah semua kursus
disempurnakan.
37