Page 56 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 56

Kursus Teras Fakulti (Pilihan Wajib)

                    POG 7001 Kaedah Penyelidikan dalam Perkembangan Kurikulum      3 kredit
                    POG 7002 Teori dan Amalan Kurikulum                      3 kredit
                    POG 7003 Penilaian Kurikulum                             3 kredit

                    Kursus Elektif (Pilih Dua)

                    POG 7004 Pengurusan Kurikulum                            3 kredit
                    PQX 7005 Penyelidikan Pengajian Masa Depan               3 kredit
                    POA 7002 Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi             3 kredit
                    POG 7005 Aplikasi Teknologi dalam Pelaksanaan Kurikulum      3 kredit
                    POG 7006 Perbandingan Global dalam Kurikulum             3 kredit

                    Disertasi

                    POX 7002 Disertasi                                       30 kredit


            PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014

            Ijazah Sarjana Pendidikan (Perkembangan Kurikulum)


            1.      Pendaftaran Kursus
                    (1)  Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan semester.

                    (2)  Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk kredit yang diperuntukan bagi
                       penyelidikan pada mana-mana semester melainkan ia diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.

            2.      Penyeliaan
                    Pelantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.

            3.      Ketetapan Bidang Penyelidikan
                    Ketetapan bidang bagi disertasi hendaklah dilakukan sebelum calon memulakan penyelidikannya.


            4.      Penyerahan
                    (1)    Tajuk disertasi hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan semasa calon memberi notis untuk penyerahan
                           disertasinya.
                    (2)    Calon hendaklah menyerahkan disertasi untuk peperiksaan dalam tempoh pencalonannya. Tempoh yang diambil
                           untuk pemeriksaan disertasi dan apa-apa tempoh pembetulan atau kajian lanjut yang diperlukan oleh Jawatankuasa
                           Pemeriksa tidak dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh maksimun pencalonan calon.













                                                                                                           42
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61