Page 57 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 57
SARJANA TEKNOLOGI PENGAJARAN
(REKA BENTUK PENGAJARAN)
Nama Program : Sarjana Teknologi Pengajaran (Reka Bentuk Pengajaran)
Kod Program : POA
Mod Program : Kursus dan Penyelidikan
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
1. Jenis Program
Program secara Kursus dan Penyelidikan iaitu program pengajian secara gabungan perkuliahan dan penyelidikan yang
membawa kepada penghasilan disertasi.
2. Syarat Kemasukan
Kelayakan masuk untuk mengikuti program ini adalah seperti berikut:
(1) Pelajar Tempatan
Kelayakan masuk untuk mengikuti program Sarjana Nama adalah seperti berikut:
i. Ijazah Sarjana Muda (PNGK sekurang-kurangnya 3.0) ;
dan
ii. Diploma pasca ijazah dalam bidang pendidikan atau pengurusan sekolah/institusi pendidikan/ institusi latihan dan
sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman;
atau
iii. Mempunyai pengalaman yang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun;
atau
iv. Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.
atau
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat
Universiti Malaya.
(2) Pelajar Antarabangsa
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat
Universiti Malaya.
dan
Memperolehi skor minimum band 5.5 bagi International English Language Testing System (IELTS)(Academic).
atau
Memperolehi skor minimum sebanyak 550 (Paper based), skor 213 (Computer based) atau skor 80 (Internet based)
bagi Test of English as a Foreign Language (TOEFL)
43