Page 62 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 62

4.      Matlamat Program

                    Untuk menghasilkan warga pendidik yang dinamik dan reflektif serta boleh mengaplikasi pengetahuan praktikal, teori
                    pendidikan, penyelidikan dan pengetahuan pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua untuk menyelesaikan masalah
                    yang berkaitan dengan bidang pendidikan.


            5.      Hasil Pembelajaran Program

                    Di  akhir program, pelajar dapat;

                        Domain                                Hasil Pembelajaran
                         MQF
                         PO1      Menguasai pengetahuan dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris.

                         PO2      Mempraktikkan bidang Pendidikan Bahasa Inggeris melalui pengajaran, penilaian dan penyelidikan
                                  dengan menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat.

                         PO3      Mempamerkan sikap keprihatinan terhadap isu semasa yang berkaitan dengan bidang Pendidikan
                                  Bahasa Inggeris.

                         PO4      Mengaplikasikan etika dan amalan terbaik secara profesional dalam bidang Pendidikan Bahasa
                                  Inggeris.

                         PO5      Mempamerkan nilai kepimpinan dan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi melaksanakan aktiviti
                                  dalam bidang Pendidikan Bahasa Inggeris.

                         PO6      Menganalisis  secara  kritis,  teori,  polisi  dan  aliran  kontemporari  berkaitan  bidang  Pendidikan
                                  Bahasa Inggeris.

                         PO7      Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan mengurus maklumat yang berkaitan
                                  dengan Pendidikan Bahasa Inggeris.


            6.      Struktur Program


                    Struktur Program Sarjana Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua berasaskan pendekatan bersifat kontemporari
                    untuk  melahirkan  warga  pendidik  yang  cemerlang.  Kandungan  kurikulum  direkabentuk  bersandarkan  perkembangan  ilmu
                    pendidikan daripada perspektif perkhidmatan dan pengajaran yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan
                    Negara serta Pelan Transformasi Negara.

                    Program ini merangkumi Empat Puluh Dua (42) jam kredit yang merangkumi Dua Puluh Empat (24) jam kredit bagi kursus teras,
                    Enam (6) jam kredit elektif dan Dua Belas (12) jam kredit bagi projek penyelidikan. Strategi pembelajaran melibatkan aktiviti
                    kuliah, perbincangan, pembentangan, tugasan, penyelidikan dengan menggunakan pendekatan yang komprehensif dan inovatif.













                                                                                                           48
   57   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67