Page 66 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 66

Kursus Teras Fakulti (Pilihan Wajib)

                      POX 7001 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan                    3 kredit
                      PQG 7001 Seminar dalam Pendidikan Bahasa Malaysia                3 kredit
                      PQG 7002 Prinsip dan Amalan dalam Pengajaran Bahasa Malaysia     3 kredit
                      PQG 7003 Kesusasteraan dalam Pengajaran Bahasa Malaysia          3 kredit
                      PQG 7004 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Bahasa Malaysia   3 kredit
                      PQG 7005 Sosiolinguistik dalam Pendidikan Bahasa Malaysia        3 kredit
                      PQG 7006 Psikolinguistik dalam Pendidikan Bahasa Malaysia        3 kredit

                    Kursus Elektif (Pilih tiga)

                      PQX 7001 Statistik untuk Penyelidikan dalam Pendidikan           3 kredit
                      PQX 7003 Kaedah Penyelidikan Kualitatif                          3 kredit
                      PQX 7004 Kaedah Penyelidikan Tinjauan                            3 kredit
                      PQG 7007 Kajian Perkembangan Literasi Bahasa Malaysia            3 kredit
                      PQG 7008 Kajian Pendidikan Guru Bahasa Malaysia                  3 kredit
                      PQG 7009 Perancangan Dasar dan Polisi Bahasa Malaysia            3 kredit
                    Penyelidikan

                        PQX 7002  Projek Penyelidikan                                   12 kredit


            PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014

            Ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Malaysia


            1.      Pendaftaran Kursus

                    (1)    Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan semester.

                    (3)    Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk kredit yang diperuntukan
                           bagi penyelidikan pada mana-mana semester melainkan ia diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.

            2.      Penyeliaan
                    Pelantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.

            3.      Ketetapan Bidang Penyelidikan
                    Ketetapan bidang bagi disertasi hendaklah dilakukan sebelum calon memulakan penyelidikannya.

            4.      Penyerahan
                    (1)    Tajuk disertasi hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan semasa calon memberi notis untuk penyerahan
                           disertasinya.
                    (2)    Calon hendaklah menyerahkan disertasi untuk peperiksaan dalam tempoh pencalonannya. Tempoh yang diambil
                           untuk pemeriksaan disertasi dan apa-apa tempoh pembetulan atau kajian lanjut yang diperlukan oleh Jawatankuasa
                           Pemeriksa tidak dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh maksimun pencalonan calon.










                                                                                                           52
   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70   71