Page 68 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 68

3.      Tempoh Pengajian

                    Tempoh Minimum       : 3 Semester Biasa
                    Tempoh Maksimum      : 8 Semester Biasa

            4.      Matlamat Program

                    Untuk menghasilkan graduan yang cemerlang dalam bidang pendidikan Bahasa Arab sesuai dengan aspirasi nasional dan
                    global.

            5.      Hasil Pembelajaran Program

                    Di  akhir program, pelajar dapat;

                         Domain                                Hasil Pembelajaran
                          MQF
                          PO1       Menguasai pengetahuan isu, trend, pengajaran pembelajaran dan penyelidikan dalam bidang
                                    Pendidikan Bahasa Arab.

                          PO2       Mempraktikkan bidang Pendidikan Bahasa Arab melalui pengajaran, penilaian dan penyelidikan
                                    dengan menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat.

                          PO3       Mempamerkan sikap keprihatinan terhadap isu semasa yang berkaitan dengan bidang Pendidikan
                                    Bahasa Arab.

                          PO4       Mengaplikasikan etika dan amalan terbaik secara profesional dalam bidang Pendidikan Bahasa
                                    Arab.

                          PO5       Mempamerkan nilai kepimpinan dan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi melaksanakan aktiviti
                                    dalam bidang Pendidikan Bahasa Arab.

                          PO6       Menganalisis  secara  kritis,  teori,  polisi  dan  aliran  kontemporari  berkaitan  bidang  Pendidikan
                                    Bahasa Arab.

                          PO7       Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan mengurus maklumat yang berkaitan
                                    dengan Pendidikan Bahasa Arab.


            6.      Struktur Program

                    Struktur Program Sarjana Pendidikan Bahasa Arab berasaskan pendekatan bersifat kontemporari untuk melahirkan guru Bahasa
                    Arab yang cemerlang. Kandungan kurikulum direkabentuk bersandarkan perkembangan ilmu pendidikan daripada perspektif
                    perkhidmatan  dan  pengajaran  yang  sejajar  dengan  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan,  Wawasan  Negara  serta  Pelan
                    Transformasi Negara.

                    Program ini merangkumi Empat Puluh Dua (42) jam kredit yang merangkumi Dua Belas (12) jam kredit bagi kursus teras, Lapan
                    Belas (18) jam kredit bagi kursus elektif dan Dua Belas (12) jam kredit bagi projek penyelidikan yang melibatkan aktiviti kuliah,
                    tugasan, perbincangan, pembentangan, penyelidikan, lawatan dan pendekatan yang berasaskan teknologi.












                                                                                                           54
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73