Page 65 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 65

3.      Tempoh Pengajian

                    Tempoh Minimum       : 3 Semester Biasa
                    Tempoh Maksimum      : 8 Semester Biasa

            4.      Matlamat Program

                    Untuk menghasilkan warga pendidik yang dinamik dan reflektif yang berupaya memantau dan memperbaiki amalan mereka serta
                    boleh mengaplikasi pengetahuan praktikal, teori pendidikan, penyelidikan dan pengetahuan pendidikan Bahasa Malaysia untuk
                    menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan bidang pendidikan.

            5.      Hasil Pembelajaran Program

                    Di  akhir program, pelajar dapat;

                        Domain                                 Hasil Pembelajaran
                         MQF
                         PO1       Menguasai  teori,  pedagogi  dan  pengetahuan  yang  releven  dalam  bidang  Pendidikan  Bahasa
                                   Malaysia.

                         PO2       Mempraktikkan  bidang  Pendidikan  Bahasa  Malaysia  melalui  pengajaran,  penilaian  dan
                                   penyelidikan dengan menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat.

                         PO3       Mempamerkan sikap keprihatinan terhadap isu semasa yang berkaitan dengan bidang Pendidikan
                                   Bahasa Malaysia.

                         PO4       Mengaplikasikan etika dan amalan terbaik secara profesional dalam bidang Pendidikan Bahasa
                                   Malaysia.

                         PO5       Berkomunikasi dengan berkesan dan dapat  kerjasama dengan pelbagai pihak bagi melaksanakan
                                   aktiviti  dalam bidang Pendidikan Bahasa Malaysia.

                         PO6       Menganalisis secara kritis, teori, polisi dan aliran kontemporari berkaitan bidang Pendidikan Bahasa
                                   Malaysia.

                         PO7       Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan menguruskan maklumat yang berkaitan
                                   dengan Pendidikan Bahasa Malaysia.


                6.  Struktur Program

                    Struktur Program Sarjana Pendidikan Bahasa Malaysia berasaskan pendekatan bersifat kontemporari untuk melahirkan guru
                    bahasa yang cemerlang. Kandungan kurikulum direkabentuk bersandarkan perkembangan ilmu pendidikan daripada perspektif
                    perkhidmatan  dan  pengajaran  yang  sejajar  dengan  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan,  Wawasan  Negara  serta  Pelan
                    Transformasi Negara.

                    Program ini merangkumi Empat Puluh Dua (42) jam kredit yang merangkumi Dua Belas (12) jam kredit  kursus teras, Sembilan
                    (9) jam kredit kursus teras program, Sembilan (9) jam kredit kursus elektif program dan 12 jam kredit bagi projek penyelidikan
                    yang melibatkan aktiviti kuliah, tugasan, perbincangan, pembentangan, penyelidikan, kerja lapangan dan pendekatan yang
                    berasaskan teknologi.








                                                                                                           51
   60   61   62   63   64   65   66   67   68   69   70