Page 63 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 63
Kursus Teras Fakulti (Pilihan Wajib)
POX 7001 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan 3 kredit
PQE 7001 Pemerolehan Bahasa Kedua 3 kredit
PQE 7004 Teks dan Analisis Wacana 3 kredit
PQE 7005 Perancangan Bahasa dan Polisi dalam Pendidikan 3 kredit
PQE 7002 Prinsip dan Amalan dalam Pengajaran Bahasa 3 kredit
PQE 7003 Seminar dalam Pendidikan Bahasa Inggeris 3 kredit
PQE 7006 Pendidikan untuk Guru Bahasa Kedua 3 kredit
PQE 7007 Teori dan Amalan Pembacaan dan Penulisan 3 kredit
Kursus Elektif (Pilih Dua)
PQE 7008 Trend Semasa dalam Pendidikan Bahasa Inggeris 3 kredit
PQE 7009 Penulisan Akademik 3 kredit
PQE 7012 Kesusasteraan dalam Pengajaran Bahasa Inggeris 3 kredit
sebagai Bahasa Kedua
PQE 7010 Perkembangan Literasi 3 kredit
PQE 7011 Pengukuran dalam Bahasa Kedua 3 kredit
POX 7003 Kaedah Penyelidikan Kualitatif 3 kredit
Penyelidikan
PQX 7002 Projek Penyelidikan 12 kredit
PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
Ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua
1. Pendaftaran Kursus
(1) Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan semester.
(2) Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk kredit yang diperuntukan
bagi penyelidikan pada mana-mana semester melainkan ia diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.
2. Penyeliaan
Pelantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.
3. Ketetapan Bidang Penyelidikan
Ketetapan bidang bagi disertasi hendaklah dilakukan sebelum calon memulakan penyelidikannya.
4. Penyerahan
(1) Tajuk disertasi hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan semasa calon memberi notis untuk penyerahan
disertasinya.
(2) Calon hendaklah menyerahkan disertasi untuk peperiksaan dalam tempoh pencalonannya. Tempoh yang diambil
untuk pemeriksaan disertasi dan apa-apa tempoh pembetulan atau kajian lanjut yang diperlukan oleh Jawatankuasa
Pemeriksa tidak dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh maksimun pencalonan calon.
49