Page 59 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 59
Kursus Elektif (Pilih Dua)
POA 7004 Reka Bentuk Sistem Pembelajaran Digital Lanjutan 3 kredit
PQX 7005 Kaedah Penyelidikan Pengajian Masa Depan 3 kredit
POA 7002 Rekabentuk Pengajaran dan Teknologi 3 kredit
POA 7006 Prinsip dan Amalan Pedagogi Dalam Persekitaran
Pembelajaran Digital 3 kredit
POA 7005 Aplikasi Penyelidikan Rekabentuk dalam Teknologi 3 kredit
Disertasi
POX 7002 Disertasi 30 kredit
PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
Ijazah Sarjana Teknologi Pengajaran (Reka Bentuk Pengajaran)
1. Pendaftaran Kursus
(1) Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan semester.
(2) Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk kredit yang diperuntukan
bagi penyelidikan pada mana-mana semester melainkan ia diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.
2. Penyeliaan
Pelantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.
3. Ketetapan Bidang Penyelidikan
Ketetapan bidang bagi disertasi hendaklah dilakukan sebelum calon memulakan penyelidikannya.
4. Penyerahan
(1) Tajuk disertasi hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan semasa calon memberi notis untuk penyerahan
disertasinya.
(2) Calon hendaklah menyerahkan disertasi untuk peperiksaan dalam tempoh pencalonannya. Tempoh yang diambil
untuk pemeriksaan disertasi dan apa-apa tempoh pembetulan atau kajian lanjut yang diperlukan oleh Jawatankuasa
Pemeriksa tidak dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh maksimun pencalonan calon.
45