Page 58 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 58
3. Tempoh Pengajian
Tempoh Minimum : 3 Semester Biasa
Tempoh Maksimum : 8 Semester Biasa
4. Matlamat Program
Menghasilkan graduan yang berpengetahuan dan berkemahiran serta berinovasi untuk mempertingkatkan kualiti pembelajaran
dalam pelbagai konteks melalui pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang bertaraf antarabangsa dalam bidang teknologi
pengajaran.
5. Hasil Pembelajaran Program
Di akhir program, pelajar dapat;
Domain MQF Hasil Pembelajaran
PO1 Menguasai teori dan model dalam reka bentuk pengajaran dan teknologi
PO2 Mengaplikasi teori dalam teknologi pengajaran sebagai alat dan sistem untuk mempertingkatkan
pembelajaran dan prestasi pengajaran
PO3 Mengamalkan tanggungjawab sosial dalam menyelesaikan isu dalam mereka bentuk pengajaran
bagi pembelajaran dalam persekitaran teknologi
PO4 Mengamalkan nilai murni, sikap positif dan etika profesionlisme dalam bidang teknologi
pengajaran bagi pembelajaran
PO5 Mengaplikasi pengetahuan teknologi pengajaran untuk memperkukuhkan komunikasi,
meningkatkan kepimpinan dan bekerjasama dalam pasukan dan komuniti pembelajaran
PO6 Menganalisis teori, polisi dan isu dalam bidang teknologi pengajaran untuk secara kritis untuk
menjalankan penyelidikan bagi menghasilkan idea inovatif bagi menyelesai masalah dalam
bidang teknologi pengajaran
PO7 Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan menguruskan maklumat berkaitan
dengan teknologi pengajaran secara berkesan
6. Struktur Program
Struktur Program Sarjana Teknologi Pengajaran (Reka Bentuk Pengajaran) berasaskan pendekatan bersifat kontemporari untuk
melahirkan guru, pensyarah, jurulatih dan perekabentuk instruksi yang cemerlang. Kandungan kurikulum direkabentuk
bersandarkan perkembangan ilmu pendidikan daripada perspektif perkhidmatan dan pengajaran yang sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Negara serta Pelan Transformasi Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
Program ini merangkumi Empat Puluh Lima (45) jam kredit yang merangkumi Sembilan (9) jam kredit bagi kursus teras, Enam
(6) jam kredit bagi kursus pilihan dan Tiga Puluh (30) jam kredit bagi disertasi yang melibatkan aktiviti kuliah, tugasan,
pembentangan, kerja projek, perbincangan bersemuka dan forum dalam talian, dan pembelajaran teradun (blended learning).
Kursus Teras Fakulti (Pilihan Wajib)
POA 7001 Kaedah Penyelidikan dalam Teknologi Pengajaran 3 kredit
POA 7002 Reka Bentuk Pengajaran dan Teknologi 3 kredit
POA 7003 Reka Bentuk Pembelajaran 3 kredit
44