Page 55 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 55

Memperolehi skor minimum sebanyak 550 (Paper based), skor 213 (Computer based) atau skor 80 (Internet based)
                           bagi Test of English as a Foreign Language (TOEFL)


            3.      Tempoh Pengajian

                    Tempoh Minimum       : 3 Semester Biasa
                    Tempoh Maksimum      : 8 Semester Biasa

            4.      Matlamat Program

                    Untuk menghasilkan warga pendidik yang dinamik dan reflektif yang berupaya memantau dan memperbaiki amalan mereka
                    melalui pengajaran, penyelidikan, inovasi, penerbitan dan perundingan serta boleh mengaplikasi pengetahuan praktikal, teori
                    pendidikan dan penyelidikan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan bidang Perkembangan Kurikulum.

            5.      Hasil Pembelajaran Program

                    Di  akhir program, pelajar dapat;

                      Domain MQF                               Hasil Pembelajaran


                          PO1      Menguasai  pengetahuan  tentang  teori,  pedagogi  dan  perkembangan  terkini  dalam  bidang
                                   Perkembangan Kurikulum.

                          PO2      Mempraktikkan  bidang  pendidikan  melalui  pengajaran,  penilaian  dan  penyelidikan  dengan
                                   menggunakan teknologi, komunikasi dan maklumat.

                          PO3      Mempamerkan  sikap  keprihatinan  terhadap  isu  semasa  yang  berkaitan  dengan  bidang
                                   Perkembangan Kurikulum.
                          PO4      Mengaplikasikan  etika  dan  amalan  terbaik  secara  profesional  dalam  bidang  Perkembangan
                                   Kurikulum.
                          PO5      Mempamerkan nilai kepimpinan dan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi melaksanakan aktiviti
                                   dalam bidang Perkembangan Kurikulum.

                          PO6      Menganalisis secara kritis, teori, polisi dan aliran kontemporari berkaitan bidang Perkembangan
                                   Kurikulum.
                          PO7      Melibatkan diri dalam pembelajaran  sepanjang hayat dan mengurus maklumat yang berkaitan
                                   dengan Perkembangan Kurikulum


            6.      Struktur Program

                    Struktur  Program  Sarjana  Pendidikan  (Perkembangan  Kurikulum)  berasaskan  pendekatan  bersifat  kontemporari  untuk
                    melahirkan graduan perkembangan kurikulum yang relevan dan berwibawa. Kandungan kurikulum direkabentuk bersandarkan
                    perkembangan ilmu pendidikan daripada perspektif perkhidmatan dan pengajaran yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan
                    Kebangsaan, Wawasan Negara serta Pelan Transformasi Negara 2013-2025.

                    Program ini merangkumi Empat Puluh Lima (45) jam kredit yang merangkumi Enam (6) jam kredit bagi kursus teras, Sembilan
                    (9) jam kredit bagi kursus elektif dan Tiga Puluh (30) jam kredit bagi disertasi yang melibatkan aktiviti Kuliah, perbincangan, e-
                    learning, forum, dan projek.







                                                                                                           41
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60