Page 52 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 52

Kursus Teras Fakulti (Pilihan Wajib)

                    POX 7001 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan            3 kredit
                    POK 7001 Interpretasi Sosiologi dalam Pendidikan         3 kredit
                    POK 7002 Sosiologi Pendidikan: Perspektif Perbandingan        3 kredit

                    Kursus Elektif (Pilih Dua)

                    POK 7003 Ketidaksamaan Sosial dalam Pendidikan           3 kredit
                    POK 7004 Sosiologi Remaja                                3 kredit
                    POK 7005 Institusi Sosial dalam Pendidikan               3 kredit
                    POK 7006 Trend dan Isu dalam Pendidikan Sains Sosial        3 kredit
                    POI 7005  Devian, Delinkuensi dan Masalah Sosial         3 kredit

                    Disertasi

                    POX 7002 Disertasi                                       30 kredit


            PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014

            Ijazah Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan)


            1.      Pendaftaran Kursus

                    (1)    Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan semester.

                    (2)    Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk kredit yang diperuntukan
                           bagi penyelidikan pada mana-mana semester melainkan ia diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.

            2.      Penyeliaan
                    Pelantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.

            3.      Ketetapan Bidang Penyelidikan
                    Ketetapan bidang bagi disertasi hendaklah dilakukan sebelum calon memulakan penyelidikannya.

            4.      Penyerahan
                    (1)    Tajuk disertasi hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan semasa calon memberi notis untuk penyerahan
                           disertasinya.

                    (2)    Calon hendaklah menyerahkan disertasi untuk peperiksaan dalam tempoh pencalonannya. Tempoh yang diambil
                           untuk pemeriksaan disertasi dan apa-apa tempoh pembetulan atau kajian lanjut yang diperlukan oleh Jawatankuasa
                           Pemeriksa tidak dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh maksimun pencalonan calon.















                                                                                                           38
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57