Page 47 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 47

SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN SENI VISUAL)

             Nama Program           :  Sarjana Pendidikan (Pendidikan Seni Visual)
             Kod Program            :  POJ
             Mod Program            :  Kursus dan Penyelidikan



            KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014


            1.      Jenis Program
                    Program  secara  Kursus  dan  Penyelidikan  iaitu  program  pengajian  secara  gabungan  perkuliahan  dan  penyelidikan  yang
                    membawa kepada penghasilan disertasi.

            2.      Syarat Kemasukan
                    Kelayakan masuk untuk mengikuti program ini adalah seperti berikut:

                    (1)    Pelajar Tempatan

                           i.     Ijazah Sarjana Muda dengan Purata Nilai  Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau yang
                                  setaraf dengannya;

                                  dan

                           ii.    Diploma pasca ijazah dengan Purata Nilai Gred Kumulatif sekurang-kurangnya (PNGK) 3.00 dalam bidang
                                  pendidikan atau pengurusan sekolah/institusi pendidikan/ institusi latihan dan sekurang-kurangnya satu (1)
                                  tahun pengalaman;
                                  atau


                           iii.   Mempunyai pengalaman yang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun;

                                  atau

                           iv.    Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.

                                  atau

                                  Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan
                                  oleh Senat Universiti Malaya.

                   (2)     Pelajar Antarabangsa

                           Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat
                           Universiti Malaya.

                           dan

                           Memperolehi skor minimum band 5.5 bagi International English Language Testing System (IELTS)(Academic).

                           atau

                           Memperolehi skor minimum sebanyak 550 (Paper based), skor 213 (Computer based) atau skor 80 (Internet based)
                           bagi Test of English as a Foreign Language (TOEFL)

                                                                                                           33
   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52