Page 43 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 43

Kursus Teras Fakulti (Pilihan Wajib)

                    POH 7001 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan Islam             3 kredit
                    POH 7003 Rekabentuk dan Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam        3 kredit
                    POH 7002 Teori Pendidikan Akhlak                                3 kredit

                    Kursus Elektif (Pilih Dua)

                    POH 7005 Pendidikan al-Qur’an                                   3 kredit
                    POH 7004 Sosiologi Pendidikan Islam                             3 kredit
                    POH 7006 Pendidikan Islam Masa Depan                            3 kredit

                    Disertasi

                    POX 7002 Disertasi                                              30 kredit


            PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014

            Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam)


            1.      Pendaftaran Kursus

                    (1)  Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan semester.

                    (2)  Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk kredit yang diperuntukan bagi
                       penyelidikan pada mana-mana semester melainkan ia diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.

            2.      Penyeliaan
                    Pelantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.

            3.      Ketetapan Bidang Penyelidikan

                    Ketetapan bidang bagi disertasi hendaklah dilakukan sebelum calon memulakan penyelidikannya.

            4.      Penyerahan
                    (1)    Tajuk disertasi hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan semasa calon memberi notis untuk penyerahan
                           disertasinya.
                    (2)    Calon hendaklah menyerahkan disertasi untuk peperiksaan dalam tempoh pencalonannya. Tempoh yang diambil
                           untuk pemeriksaan disertasi dan apa-apa tempoh pembetulan atau kajian lanjut yang diperlukan oleh Jawatankuasa
                           Pemeriksa tidak dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh maksimun pencalonan calon.


















                                                                                                           29
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48