Page 41 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 41
SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM)
Nama Program : Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam)
Kod Program : POH
Mod Program : Kursus dan Penyelidikan
Kaedah-kaedah Universiti Malaya (Ijazah Sarjana) 2014
1. Jenis Program
Program secara Kursus dan Penyelidikan iaitu program pengajian secara gabungan perkuliahan dan penyelidikan yang
membawa kepada penghasilan disertasi.
2. Syarat Kemasukan
Kelayakan masuk untuk mengikuti program ini adalah seperti berikut:
(1) Pelajar Tempatan
Kelayakan masuk untuk mengikuti program Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam) adalah seperti berikut:
a. Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0; pelajar tahun akhir dengan
CGPA 3.0 termasuk dalam syarat ini);
atau
b. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (dengan sekurang-kurangnya CGPA 3.0);
dan
i. Diploma pasca ijazah dalam bidang pendidikan atau pengurusan sekolah/institusi pendidikan/
institusi latihan dan sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman;
atau
ii. Mempunyai pengalaman yang berkaitan sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
atau
iii. Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa;
atau
iv. Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan
diperakukan oleh Senat Universiti Malaya.
(2) Pelajar Antarabangsa
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat
Universiti Malaya.
dan
27