Page 45 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 45
Memperolehi skor minimum sebanyak 550 (Paper based), skor 213 (Computer based) atau skor 80 (Internet based)
bagi Test of English as a Foreign Language (TOEFL)
3. Tempoh Pengajian
Tempoh Minimum : 3 Semester Biasa
Tempoh Maksimum : 8 Semester Biasa
4. Matlamat Program
Untuk menghasilkan graduan yang cemerlang dalam bidang Pendidikan Nilai dan Kemanusiaan melalui pengetahuan teori, polisi
dan aliran kontemporari, berkemahiran tinggi dalam amalan pengajaran, penilaian, teknologi, dan penyelidikan serta
mengaplikasikan etika dan amalan terbaik secara professional dalam bidang pendidikan.
.
5. Hasil Pembelajaran Program
Di akhir program, pelajar dapat;
Domain Hasil Pembelajaran
MQF
PO1 Menguasai pengetahuan lanjutan dalam bidang Pendidikan Nilai dan Kemanusiaan
PO2 Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran penyelidikan untuk menyelasaikan masalah berkaitan
Pendidikan Nilai dan Kemanusiaan dalam konteks semasa dan multidisiplin
PO3 Mempamerkan keprihatinan terhadap isu kontemporari berkaitan Pendidikan Nilai dan Kemanusiaan
PO4 Mempraktikkan etika dan amalan terbaik secara profesional dalam menguruskan maklumat, menjana
pengetahuan serta inovasi dalam bidang Pendidikan Nilai dan Kemanusiaan
PO5 Mempamerkan nilai kepimpinan dan kolaborasi dengan pelbagai pihak bagi menyebarkan ilmu
berkaitan Pendidikan Nilai dan Kemanusiaan secara rasional dan bermakna kepada masyarakat
PO6 Menganalisis teori, polisi, dan aliran kontemporari berkaitan bidang Pendidikan Nilai dan
Kemanusiaan secara kritis dan saintifik
PO7 Mengurus maklumat serta pembelajaran Pendidikan Nilai dan Kemanusiaan sepanjang hayat
6. Struktur Program
Struktur Program Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Nilai dan Kemanusiaan) berasaskan pendekatan bersifat kontemporari
untuk melahirkan pendidik/guru/pengajar yang cemerlang. Kandungan kurikulum direkabentuk bersandarkan perkembangan
ilmu pendidikan daripada perspektif perkhidmatan dan pengajaran yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Wawasan Negara serta Pelan Transformasi Negara.
Program ini merangkumi Empat Puluh Lima (45) jam kredit iaitu merangkumi Sembilan (9) jam kredit bagi kursus teras, Enam
(6) jam kredit bagi kursus elektif bidang dan Tiga Puluh (30) jam kredit bagi disertasi yang melibatkan aktiviti kuliah, tugasan,
perbincangan, pembentangan, penyelidikan, lawatan dan pendekatan yang berasaskan teknologi.
31