Page 67 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 67
SARJANA PENDIDIKAN BAHASA ARAB
Nama Program : Sarjana Pendidikan Bahasa Arab
Kod Program : PQF
Mod Program : Kursus
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
1. Jenis Program
Program secara Kursus, iaitu program secara perkuliahan sepenuhnya yang melibatkan penghasilan Laporan Penyelidikan
2. Syarat Kemasukan
Kelayakan masuk untuk mengikuti program ini adalah seperti berikut:
(1) Pelajar Tempatan
Kelayakan masuk untuk mengikuti program Sarjana Pendidikan Bahasa Arab adalah seperti berikut:
a. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Arab atau berkaitan dengan CGPA sekurang-kurangnya 3.0;
atau
b. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Bahasa Arab atau berkaitan dengan CGPA sekurang-kurangnya 2.5 DAN
memiliki Diploma pasca ijazah dalam bidang pendidikan atau pengurusan sekolah/institusi pendidikan/ institusi
latihan; ATAU Mempunyai pengalaman yang berkaitan sekurang-kurangnya satu (1) tahun; ATAU Kelayakan lain
yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa;
atau
c. Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat
Universiti Malaya.
(2) Pelajar Antarabangsa
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat
Universiti Malaya.
dan
Memperolehi skor minimum band 5.0 bagi International English Language Testing System (IELTS)(Academic).
atau
Memperolehi skor minimum sebanyak 500 (Paper based), skor 213 (Computer based) atau skor 80 (Internet based)
bagi Test of English as a Foreign Language (TOEFL)
53