Page 72 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 72
atau
Memperolehi skor minimum sebanyak 550 (Paper based), skor 213 (Computer based) atau skor 80 (Internet based)
bagi Test of English as a Foreign Language (TOEFL)
3. Tempoh Pengajian
Tempoh Minimum : 3 Semester Biasa
Tempoh Maksimum : 8 Semester Biasa
4. Matlamat Program
Untuk menghasilkan graduan yang profesional, dinamik dan reflektif serta berupaya memantau dan memperbaiki amalan,
mengaplikasikan teori dan pengetahuan praktikal, menjalankan penyelidikan dan mampu menghadapi cabaran masa kini
diperingkat nasional dan global.
5. Hasil Pembelajaran Program
Di akhir program, pelajar dapat;
PO Hasil Pembelajaran
PO1 Menguasai pengetahuan yang relevan dan terkini dalam bidang Pendidikan Metamatik
PO2 Mengaplikasikan pengetahuan yang berfaedah dalam Pendidikan Matematik melalui pembelajaran,
pengajaran, dan penyelidikan termasuk penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai
pengupaya
PO3 Membentuk sikap keprihatinan terhadap pembangunan dan pengukuhan bidang Pendidikan Matematik
PO4 Mengembangkan adab, nilai dan etika yang baik dalam bidang pendidikan Matematik
PO5 Mengukuhkan jalinan kerjasama yang kreatif dengan pelbagai pihak bagi menjayakan aktiviti
bermanfaat dalam bidang Pendidikan Matematik
PO6 Menganalisis dan mensintesis pelbagai pendekatan, polisi, dan fahaman dalam bidang Pendidikan
Matematik secara kritis dan menyeluruh
PO7 Mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam bidang
pendidikan Matematik
6. Struktur Program
Struktur Program Sarjana Pendidikan (Pendidikan Matematik) berasaskan pendekatan bersifat kontemporari untuk melahirkan warga
pendidik yang cemerlang. Kandungan kurikulum direkabentuk bersandarkan perkembangan ilmu pendidikan daripada perspektif
perkhidmatan dan pengajaran yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Negara serta Pelan Transformasi
Negara.
Program ini merangkumi Empat Puluh Lima (45) jam kredit yang merangkumi Dua Belas (12) jam kredit bagi kursus teras, Tiga (3)
jam kredit bagi kursus elektif serta Tiga Puluh (30) jam kredit bagi disertasi / laporan penyelidikan yang melibatkan aktiviti kuliah,
tugasan, perbincangan, pembentangan, penyelidikan, lawatan dan pendekatan yang berasaskan teknologi.
58