Page 74 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 74
SARJANA PENDIDIKAN MATEMATIK
DENGAN TEKNOLOGI
Nama Program : Sarjana Pendidikan Matematik Dengan Teknologi
Kod Program : PQD
Mod Program : Kursus
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
1. Jenis Program
Program secara Kursus, iaitu program secara perkuliahan sepenuhnya yang melibatkan penghasilan Laporan Penyelidikan
2. Syarat Kemasukan
Kelayakan masuk untuk mengikuti program ini adalah seperti berikut:
(1) Pelajar Tempatan
a) Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-
kurangnya 3.00 atau yang setaraf dengannya dalam pengkhususan matematik;
atau
b) Ijazah Sarjana Muda berasaskan Matematik dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang- kurangnya
3.00 atau yang setaraf dengannya;
dan
(i) Diploma Pendidikan pasca ijazah dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00;
atau
(ii) Kelayakan perguruan yang diiktiraf oleh Universiti;
atau
(iii) Pengalaman mengajar tidak kurang daripada satu tahun yang berkaitan dari Institusi yang diiktiraf oleh
Senat;
atau
(iv) kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf
atau
(v) kelayakan lain yang diluluskan oleh senat dari semasa ke semasa
(2) Pelajar Antarabangsa
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat
Universiti Malaya.
Dan
Memperolehi skor minimum band 5.5 bagi International English Language Testing System (IELTS)(Academic).
60