Page 76 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 76

Kursus Teras Fakulti (Pilihan Wajib)

                      POX 7001 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan                    3 kredit
                      PQD 7004 Produksi Multimedia dalam Pengajaran                    3 kredit
                      PQD 7005 Penyelesaian Masalah Matematik Berasaskan Teknologi     3 kredit
                      PQD 7001 Pengajaran Algebra dengan Teknologi                     3 kredit


                    Kursus Elektif (Pilih enam)

                             PQX 7007 Analisis Regresi Gunaan                          3 kredit
                      POD 7002 Perkembangan Kurikulum dalam Pendidikan Matematik       3 kredit
                      PQX 7001 Statistik untuk Penyelidikan dalam Pendidikan           3 kredit
                      PQD 7002 Pengajaran Geometri dengan Teknologi                    3 kredit
                      PQD 7003 Pengajaran Kebarangkalian dan Statistik dengan Teknologi   3 kredit
                      PQX 7008 Kaedah Multivariat                                      3 kredit
                      PQD 7006 Pengajaran Kalkulus dengan Teknologi                    3 kredit
                      WOB 7007 Penerbitan Web                                          3 kredit
                      WOB 7014 Pengurusan Pengetahuan untuk Professional Maklumat      3 kredit


                    Projek Penyelidikan

                             PQX 7002 Projek Penyelidikan                              12 kredit


            PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014

            Ijazah Sarjana Pendidikan Matematik dengan Teknologi


            1.      Pendaftaran Kursus

                    (1)  Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan semester.

                    (2)  Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk kredit yang diperuntukan bagi
                       penyelidikan pada mana-mana semester melainkan ia diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.

            2.      Penyeliaan
                    Pelantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.

            3.      Ketetapan Bidang Penyelidikan
                    Ketetapan bidang bagi laporan penyelidikan hendaklah dilakukan sebelum calon memulakan penyelidikannya.

            4.      Penyerahan
                    (1)    Tajuk laporan penyelidikan hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan tidak lewat dari sebulan sebelum
                           calon menyerahkan laporan penyelidikannya untuk pemeriksaan

                    (2)    Calon hendaklah menyerahkan laporan penyelidikannya untuk peperiksaan dalam tempoh pencalonannya. Tempoh
                           yang diambil untuk pemeriksaan laporan penyelidikannya dan apa-apa tempoh pembetulan atau kajian lanjut yang
                           diperlukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa tidak dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh maksimun pencalonan
                           calon.






                                                                                                           62
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81