Page 79 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 79

6.     Struktur Program

                Struktur Program  Sarjana Pendidikan (Pendidikan Jasmani dan  Kesihatan) berasaskan pendekatan bersifat kontemporari untuk
                melahirkan  guru/pengajar/jurulatih  yang  cemerlang.  Kandungan  kurikulum  direkabentuk  bersandarkan  perkembangan  ilmu
                pendidikan daripada perspektif perkhidmatan dan pengajaran yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan
                Negara serta Pelan Transformasi Negara.

                Program ini merangkumi Empat Puluh Lima (45) jam kredit iaitu merangkumi Sembilan (9) jam kredit bagi kursus teras  dan Enam (6)
                jam kredit bagi kursus elektif dan 30 jam kredit bagi disertasi yang melibatkan aktiviti kuliah, tugasan, perbincangan, pembentangan,
                penyelidikan, lawatan dan pendekatan yang berasaskan teknologi.


                    Kursus Teras Fakulti (Pilihan Wajib)

                    POE 7001 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan         3 kredit
                    POE7002  Kinesiologi                                                    3 kredit
                    POE 7003 Pengukuran dan penilaian dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan      3 kredit

                    Kursus Elektif (Pilih Dua)

                    POE 7004 Teknik, strategi dan isu kontemporari dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan   3 kredit
                    POE 7005 Pentadbiran sukan dan kokurikulum di Institusi Pendidikan         3 kredit
                    PQX 7001 Statistik untuk Penyelidikan dalam Pendidikan                  3 kredit
                    POE 7006 Reka bentuk Kurikulum dalam Pendidikan Jasmani dan Kesihatan        3 kredit

                    Disertasi

                    POX 7002 Disertasi                                                       30 kredit


            PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014

            Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Jasmani dan Kesihatan)


            1.      Pendaftaran Kursus

                    (1)    Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan semester.

                    (2)    Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk kredit yang diperuntukan
                           bagi penyelidikan pada mana-mana semester melainkan ia diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.

            2.      Penyeliaan
                    Pelantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.

            3.      Ketetapan Bidang Penyelidikan
                    Ketetapan bidang bagi disertasi hendaklah dilakukan sebelum calon memulakan penyelidikannya.

            4.      Penyerahan
                    (1)    Tajuk disertasi hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan semasa calon memberi notis untuk penyerahan
                           disertasinya.

                    (2)    Calon hendaklah menyerahkan disertasi untuk peperiksaan dalam tempoh pencalonannya. Tempoh yang diambil
                           untuk pemeriksaan disertasi dan apa-apa tempoh pembetulan atau kajian lanjut yang diperlukan oleh Jawatankuasa
                           Pemeriksa tidak dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh maksimun pencalonan calo


                                                                                                           65
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84