Page 82 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 82
Program ini merangkumi Empat Puluh Lima (45) jam kredit yang merangkumi Sembilan (9) jam kredit bagi kursus teras, Enam
(6) jam kredit bagi kursus elektif dan Tiga Puluh (30) jam kredit bagi disertasi yang melibatkan aktiviti Kuliah, perbincangan, e-
learning, forum, projek, pembelajaran teradun (blended learning).
Kursus Teras Fakulti (Pilihan Wajib)
POC 7002 Kajian Kurikulum dalam Pendidikan Sains 3 kredit
POC 7001 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan Sains 3 kredit
POC 7003 Isu Kontemporari dalam Pendidikan Sains 3 kredit
Kursus Elektif (Pilih Dua)
POC 7004 Pembelajaran dan Kognisi dalam Pendidikan Sains 3 kredit
PQX 7001 Statistik untuk Penyelidikan dalam Pendidikan 3 kredit
POC 7005 Pentaksiran dalam Pendidikan Sains 3 kredit
PQC 7004 Pendidikan, Alam Sekitar dan Kelestarian 3 kredit
Disertasi
POX 7002 Disertasi 30 kredit
PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sains)
1. Pendaftaran Kursus
(1) Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan semester.
(2) Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk kredit yang diperuntukan
bagi penyelidikan pada mana-mana semester melainkan ia diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.
2. Penyeliaan
Pelantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.
3. Ketetapan Bidang Penyelidikan
Ketetapan bidang bagi disertasi hendaklah dilakukan sebelum calon memulakan penyelidikannya.
4. Penyerahan
(1) Tajuk disertasi hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan semasa calon memberi notis untuk penyerahan
disertasinya.
(2) Calon hendaklah menyerahkan disertasi untuk peperiksaan dalam tempoh pencalonannya. Tempoh yang diambil
untuk pemeriksaan disertasi dan apa-apa tempoh pembetulan atau kajian lanjut yang diperlukan oleh Jawatankuasa
Pemeriksa tidak dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh maksimun pencalonan calon.
68