Page 87 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 87
SARJANA PENGURUSAN PENDIDIKAN
Nama Program : Sarjana Pengurusan Pendidikan
Kod Program : PQB
Mod Program : Kursus
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
1. Jenis Program
Program secara Kursus, iaitu program secara perkuliahan sepenuhnya yang melibatkan penghasilan Laporan Penyelidikan
2. Syarat Kemasukan
Kelayakan masuk untuk mengikuti program ini adalah seperti berikut:
(1) Pelajar Tempatan
(a) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan minima PNGK 3.0;
atau
(b) Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan dengan minima PNGK 3.0;
atau
(c) Ijazah Sarjana Muda dengan minima PNGK 3.0; dan
(i) Diploma Pendidikan pasca ijazah;
atau
(ii) Kelayakan mengajar yang profesional;
atau
(iii) Pengalaman mengajar yang berkaitan dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Senat;
atau
(iv) Pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan;
atau
(v) Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf;
atau
(vi) Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat
Universiti Malaya.
73