Page 92 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 92

6.      Struktur Program

                    Struktur Program Sarjana Pendidikan (Perancangan dan Pentadbiran)  berasaskan pendekatan bersifat kontemporari untuk
                    melahirkan pemimpin dan pentadbir yang cemerlang. Kandungan kurikulum direkabentuk bersandarkan perkembangan ilmu
                    pendidikan daripada perspektif perkhidmatan dan pengajaran yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan
                    Negara, Pelan Transformasi Negara serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi)

                    Program ini merangkumi Lima Puluh (50) jam kredit yang merangkumi Sembilan (9) jam kredit bagi untuk Kursus Teras Program
                    (Wajib Bidang Pengkhususan), Enam (6) jam kredit bagi Kursus Elektif Bidang Pengkhususan dan Tiga Puluh Lima (35) jam
                    kredit  bagi  disertasi  yang  melibatkan  aktiviti  kuliah,  tugasan,  perbincangan,  pembentangan,  penyelidikan,  lawatan  dan
                    pendekatan yang berasaskan teknologi.

                    Kursus Teras Fakulti (Pilihan Wajib)

                     POF7001  Kaedah Penyelidikan Kuantitatif Dalam Pengurusan dan Perancangan   3 kredit
                              Pendidikan
                     POF7003  Kaedah Penyelidikan Kualitatif Dalam Pengiurusan dan Perancangan   3 kredit
                              Pendidikan
                     POF7004  Perancangan Pendidikan                                3 kredit
                     POF7005  Pentadbiran Pendidikan                                3 kredit

                    Kursus Elektif (Pilih Dua)

                     POF7006  Perundangan Pendidikan                                 3 kredit
                     POF7007  Politik dan Dasar Pendidikan di Malaysia               3 kredit
                     PQB7011  Perancangan Kewangan dan Ekonomi Pendidikan            3 kredit
                     PQB7005  Pengurusan Sumber Manusia dalam Pendidikan             3 kredit
                     PQB7002  Pengurusan Organisasi Pendidikan                       3 kredit
                     POG7005  Aplikasi Teknologi dalam Pengurusan Kurikulum          3 kredit

                    Disertasi

                     POF7002  Disertasi                                             35 kredit

            PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014

            Ijazah Sarjana Pendidikan (Perancangan dan Pentadbiran)

            1.      Pendaftaran Kursus

                    (1)    Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan semester.

                    (2)    Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk kredit yang diperuntukan
                           bagi penyelidikan pada mana-mana semester melainkan ia diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.

            2.  Penyeliaan
                    Pelantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.

            3.      Ketetapan Bidang Penyelidikan
                    Ketetapan bidang bagi disertasi hendaklah dilakukan sebelum calon memulakan penyelidikannya.


            4.      Penyerahan
                    (1)    Tajuk disertasi hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan semasa calon memberi notis untuk penyerahan
                           disertasinya.




                                                                                                           78
   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97