Page 91 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 91

Mempunyai  kelulusan  lain  yang  diiktiraf  setaraf  dengannya  oleh  Kerajaan  Malaysia  dan  diperakukan  oleh  Senat
                           Universiti Malaya.

                    (2)    Pelajar Antarabangsa

                           Mempunyai  kelulusan  lain  yang  diiktiraf  setaraf  dengannya  oleh  Kerajaan  Malaysia  dan  diperakukan  oleh  Senat
                           Universiti Malaya.

                           dan

                           Memperolehi skor minimum band 5.5 bagi International English Language Testing System (IELTS)(Academic).

                           atau

                           Memperolehi skor minimum sebanyak 550 (Paper based), skor 213 (Computer based) atau skor 80 (Internet based)
                           bagi Test of English as a Foreign Language (TOEFL)

            3.      Tempoh Pengajian

                    Tempoh Minimum       : 3 Semester Biasa
                    Tempoh Maksimum      : 8 Semester Biasa

            4.      Matlamat Program

                    Untuk melahirkan pendidik yang dinamik dan dilengkapi pengetahuan mendalam dan luas tentang tren terkini perancangan dan
                    pentadbiran  pendidikan  sebagai  satu  proses  berkaitan  pengurusan  organisasi  pendidikan,  perancangan  kewangan  dan
                    pendidikan ekonomi, sistem perundangan berkaitan pendidikan, dan peranan sebagai pengurus sumber manusia dalam institusi
                    pendidikan.


            5.      Hasil Pembelajaran Program

                    Di  akhir program, pelajar dapat;

                       Domain                                Hasil Pembelajaran
                        MQF
                        PO1     Menguasai ilmu pengetahuan merangkumi teori dan amalan dalam bidang perancangan dan
                                pentadbiran organisasi pendidikan
                        PO2     Mempamerkan kemahiran praktikal dalam aspek merancang, mengelola, memimpin, mentadbir dan
                                mengawal  sesebuah  organisasi  pendidikan  melalui  penilaian  dan  penyelidikan  dalam  bidang
                                perancangan dan pentadbiran pendidikan
                        PO3     Mempraktik akauntabiliti dan tanggungjawab sosial berkaitan dengan pengurusan pendidikan melalui
                                penguasaan ilmu perancangan dan pentadbiran pendidikan  kepada pihak-pihak tertentu khususnya
                                masyarakat  sekitar  di  samping  mempamerkan  sikap  keprihatinan  terhadap  isu-isu  semasa  yang
                                berkaitan dengan bidang Perancangan dan Pentadbiran dalam bidang pendidikan
                        PO4     Mengaplikasikan etika profesional dan amalan terbaik secara profesional dalam bidang Perancangan
                                dan Pentadbiran Pentadbiran
                        PO5     Mempamerkan  nilai  kepimpinan  dan  kerjasama  dengan  pelbagai  pihak  bagi  melaksanakan  aktiviti
                                dalam bidang  Perancangan dan Pentadbiran
                        PO6     Mereka bentuk dan mengendalikan penyelidikan secara profesional, beretika, berpemikiran kritis dan
                                kreatif semasa membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berkaitaan dengan teori dan amalan
                                perancangan dan pentadbiran pendidikan
                        PO7     Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan mengurus maklumat yang berkaitan dengan
                                perancangan dan pentadbiran pendidikan.





                                                                                                           77
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96