Page 88 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 88
(2) Pelajar Antarabangsa
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat
Universiti Malaya.
dan
Memperolehi skor minimum band 5.5 bagi International English Language Testing System (IELTS)(Academic).
atau
Memperolehi skor minimum sebanyak 550 (Paper based), skor 213 (Computer based) atau skor 80 (Internet based)
bagi Test of English as a Foreign Language (TOEFL)
3. Tempoh Pengajian
Tempoh Minimum : 3 Semester
Tempoh Maksimum : 8 Semester
4. Matlamat Program
Untuk melahirkan graduan berkaliber dalam bidang pengurusan pendidikan melalui pengajaran, pembelajaran, penyelidikan,
inovasi, penerbitan, perundingan yang dapat mengamalkan ilmu dalam bidang Pengurusan Pendidikan.
5. Hasil Pembelajaran Program
Di akhir program, pelajar dapat;
Domain Hasil Pembelajaran
MQF
PO1 Menguasai ilmu pengetahuan merangkumi teori dan amalan dalam bidang organisasi dan
pengurusan pendidikan
PO2 Mempamerkan kemahiran praktikal dalam aspek merancang, mengelola, memimpin dan mengawal
sesebuah organisasi pendidikan melalui penilaian dan penyelidikan dalam bidang pengurusan
pendidikan
PO3 Mempraktik akauntabiliti dan tanggungjawab sosial berkaitan dengan pengurusan pendidikan kepada
pihak-pihak tertentu khususnya masyarakat sekitar
PO4 Mengamalkan nilai murni dan etika professional dalam pengurusan pendidikan
PO5 Mempamerkan nilai kepimpinan dan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi melaksanakan aktiviti
dalam bidang Pengurusan Pendidikan
PO6 Mengimplementasi pemikiran kritis dan kreatif semasa membuat keputusan dan menyelesaikan
masalah berkaitaan dengan teori dan amalan pengurusan pendidikan
PO7 Mengurus maklumat ilmiah daripada pelbagai sumber sebagai asas pembelajaran sepanjang hayat
6. Struktur Program
Struktur Program pengurusan pendidikan berasaskan pendekatan bersifat kontemporari untuk melahirkan pemimpin yang
cemerlang. Kandungan kurikulum direkabentuk bersandarkan perkembangan ilmu pendidikan daripada perspektif perkhidmatan
dan pengajaran yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Negara serta Pelan Transformasi Negara.
74