Page 84 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 84
Tempoh Minimum : 3 Semester Biasa
Tempoh Maksimum : 8 Semester Biasa
4. Matlamat Program
Untuk menghasilkan graduan dalam bidang pendidikan sains dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang profesional,
beretika, berpemikiran global dan berinovasi bagi menghadapi perkembangan pesat sains dan teknologi masa kini.
5. Hasil Pembelajaran Program
Di akhir program, pelajar dapat;
Domain MQF Hasil Pembelajaran
PO1 Menguasai pengetahuan tentang aplikasi Teknologi Maklumat dalam pendidikan sains dan
perkembangan terkini dalam pengajaran dan pembelajaran sains berbantukan Teknologi Maklumat
PO2 Mengaplikasi pelbagai teori pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran sains berlandaskan
Teknologi Maklumat serta menjalankan penyelidikan yang relevan dengan cekap dan berkesan.
PO3 Mangamalkan tanggungjawab sosial dalam penggunaan Teknologi Maklumat dalam pendidikan
sains dalam arena tempatan dan antarabangsa.
PO4 Mengamalkan nilai murni, sikap positif, dan etika profesionalisme dalam bidang perguruan dan
kehidupan seharian.
PO5 Menggunakan pengetahuan sains dan teknologi untuk memperkukuhkan komunikasi,
meningkatkan kepimpinan dan mengembangkan keupayaan untuk bekerja berpasukan.
PO6 Menggunakan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah bagi meningkatkan kualiti
Pendidikan Sains dengan Teknologi Maklumat.
PO7 Meningkatkan komitmen terhadap pembelajaran sepanjang hayat dan menguruskan maklumat
dalam pendidikan sains.
6. Struktur Program
Struktur Program Sarjana Pendidikan Sains dengan Teknologi Maklumat berasaskan pendekatan bersifat kontemporari untuk
melahirkan graduan pendidikan sains yang relevan dan berwibawa. Kandungan kurikulum direkabentuk bersandarkan
perkembangan ilmu pendidikan daripada perspektif perkhidmatan dan pengajaran yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Wawasan Negara serta Pelan Transformasi Negara 2013-2025.
Program ini merangkumi Empat Puluh Dua (42) jam kredit yang merangkumi Dua Belas (12) jam kredit bagi kursus teras, Lapan
Belas (18) jam kredit bagi kursus elektif dan Dua Belas (12) jam kredit bagi laporan penyelidikan yang melibatkan aktiviti Kuliah,
perbincangan, e-learning, forum, projek, pembelajaran teradun (blended learning).
70