Page 81 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 81

dan

                    Memperolehi skor minimum band 5.5 bagi International English Language Testing System (IELTS)(Academic).

                    atau

                    Memperolehi skor minimum sebanyak 550 (Paper based), skor 213 (Computer based) atau skor 80 (Internet based)  bagi Test
                    of English as a Foreign Language (TOEFL)

            3.      Tempoh Pengajian

                    Tempoh Minimum       : 3 Semester Biasa
                    Tempoh Maksimum      : 8 Semester Biasa

            4.      Matlamat Program

                    Untuk menghasilkan graduan yang dinamik dan reflektif yang  boleh mengaplikasi pengetahuan praktikal, teori pendidikan,
                    penyelidikan  terkini  dan  pengetahuan  Sains  untuk  menyelesaikan  masalah  dalam  menghadapi  cabaran  dan  keperluan
                    diperingkat nasional dan global dalam pendidikan sains.

            5.       Hasil Pembelajaran Program

                    Di  akhir program, pelajar dapat;

                        PO                                   Hasil Pembelajaran
                      PO1      Menguasai pengetahuan tentang teori, pedagogi dan perkembangan terkini dalam pendidikan sains.

                      PO2
                               Mengaplikasi pelbagai teori pendidikan dan kemahiran saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran
                               sains serta menjalankan penyelidikan yang relevan dengan cekap dan berkesan

                      PO3
                               Mangamalkan tanggungjawab sosial terhadaap isu kontemporari yang berkaitan dengan bidang dalam
                               pendidikan sains dalam arena tempatan dan antarabangsa.
                      PO4
                               Mengamalkan nilai murni, sikap positif, dan etika profesionalisme dalam bidang perguruan dan
                               kehidupan seharian.
                      PO5
                               Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik untuk memperkukuhkan komunikasi,
                               meningkatkan kepimpinan dan mengembangkan keupayaan untuk bekerja berpasukan.

                      PO6
                               Menganalisis teori, polisi dan isu kontemporari secara kritis dan menghasilkan idea inovatif dan kreatif
                               berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang menyumbang kepada bidang Pendidikan Sains

                      PO7      Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan mengurus maklumat yang berkaitan dengan
                               Pendidikan Sains secara berkesan


            6.      Struktur Program

                    Struktur  Program  Sarjana  (Pendidikan  Sains)    berasaskan  pendekatan  bersifat  kontemporari  untuk  melahirkan  graduan
                    pendidikan  sains  yang  relevan  dan  berwibawa.  Kandungan  kurikulum  direkabentuk  bersandarkan  perkembangan  ilmu
                    pendidikan daripada perspektif perkhidmatan dan pengajaran yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan
                    Negara serta Pelan Transformasi Negara 2013-2025.



                                                                                                           67
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86