Page 78 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 78
(2) Pelajar Antarabangsa
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti
Malaya.
dan
Memperolehi skor minimum band 5.5 bagi International English Language Testing System (IELTS)(Academic).
atau
Memperolehi skor minimum sebanyak 550 (Paper based), skor 213 (Computer based) atau skor 80 (Internet based) bagi Test
of English as a Foreign Language (TOEFL)
3. Tempoh Pengajian
Tempoh Minimum : 3 Semester Biasa
Tempoh Maksimum : 8 Semester Biasa
4. Matlamat Program
Untuk menghasilkan ahli profesional dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran pedagogi, membangunkan kurikulum, menilai proses pengajaran dan pembelajaran, mengurus dan mentadbir
program sukan dan pendidikan ko-kurikulum dan mengenal pasti sumber dan inovasi yang berkaitan dengan Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan.
5. Hasil Pembelajaran Program
Di akhir program, pelajar dapat;
Domain MQF Hasil Pembelajaran
PO1 Menguasai dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta perkembangan terkini dalam penyelidikan Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan
PO2 Mengaplikasi pelbagai teori pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan serta menjalankan penyelidikan yang relevan dengan cekap dan berkesan
PO3 Memberi sumbangan positif dalam memenuhi tanggungjawab sosial yang berkaitan dengan
pengetahuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan kesihatan dalam negara da antarabangsa
PO4 Mengamalkan nilai murni, sikap positif, dan etika profesionalisme dalam bidang Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan serta kehidupan harian
PO5 Menggunakan pengetahuan dalam pendidkan jasmani dan kesihatan untuk memperkukuhkan
komunikasi, meningkatkan kepimpinan dan mengembangkan keupayaan untuk bekerja
berpasukan.
PO6 Meningkatkan kemahiran berfikir dan bertindak secara saintifik serta mengukuhkan kemahiran
menyelesaikan masalah yang membabitkan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
PO7 Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan mengurus maklumat yang berkaitan
dengan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
64