Page 75 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 75

atau

                           Memperolehi skor minimum sebanyak 550 (Paper based), skor 213 (Computer based) atau skor 80 (Internet based)
                           bagi Test of English as a Foreign Language (TOEFL)

            3.      Tempoh Pengajian

                    Tempoh Minimum       : 3 Semester Biasa
                    Tempoh Maksimum      : 8 Semester Biasa

            4.      Matlamat Program

                    Untuk menghasilkan warga pendidik yang dinamik dan reflektif yang berupaya memantau dan memperbaiki amalan mereka serta
                    boleh mengaplikasi pengetahuan praktikal, teori pendidikan, penyelidikan dan pengetahuan teknologi untuk menyelesaikan
                    masalah yang berkaitan dengan bidang pendidikan matematik.

            5.         Hasil Pembelajaran Program

                    Di  akhir program, pelajar dapat;

                       Domain MQF                              Hasil Pembelajaran

                          PO1       Menguasai pengetahuan yang relevan dan terkini tentang aplikasi teknologi  sebagai pengupaya
                                    dalam Pendidikan Matematik.

                          PO2       Mengaplikasikan  pendekatan  dan  teori  yang    bermanfaat  dan  terkini    tentang  pembelajaran,
                                    pengajaran, dan penyelidikan  matematik berlandaskan teknologi.

                          PO3        Membentuk pandangan yang komprehensif dan realistik terhadap penggunaan teknologi dalam
                                    pembangunan dan pengukuhan bidang Pendidikan Matematik.

                          PO4       Mengembangkan  adab,    nilai,  dan  etika  yang  baik  dalam  pendidikan  matematik  dengan
                                    penggunaan teknologi sebagai pengupaya dalam Pendidikan Matematik.

                          PO5       Mengukuhkan  rangkaian  kerjasama  yang  kreatif  dengan  pelbagai  pihak    teknologi  bagi
                                    menjayakan penggunaan teknologi dalam bidang Pendidikan Matematik.

                          PO6       Menganalisis  dan  mensintesiskan  pelbagai  model,  pendekatan,  polisi,  dan  fahaman  yang
                                    bermanfaat  tentang  cara  untuk  menggunakan  teknologi  dengan  berkesan  dalam  bidang
                                    Pendidikan Matematik.

                          PO7       Meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan komitmen terhadap pembelajaran  sepanjang
                                    hayat yang boleh membantu penghayatan teknologi secara bersepadu dalam pengajaran dan
                                    pembelajaran matematik


            6.  Struktur Program

                Struktur Program Sarjana Pendidikan Matematik dengan Teknologi berasaskan pendekatan bersifat kontemporari untuk melahirkan
                guru/pengajar yang cemerlang. Kandungan kurikulum direkabentuk bersandarkan perkembangan ilmu pendidikan daripada perspektif
                perkhidmatan dan pengajaran yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Negara serta Pelan Transformasi
                Negara.

                Program ini merangkumi Empat Puluh Dua (42) jam kredit yang merangkumi Dua Belas (12) jam kredit bagi kursus teras program,
                Lapan Belas (18) jam kredit bagi kursus elektif dan fakulti, Dua Belas (12) jam kredit bagi laporan penyelidikan yang melibatkan aktiviti
                kuliah, tugasan, perbincangan, pembentangan, penyelidikan, lawatan dan pendekatan yang berasaskan teknologi.


                                                                                                           61
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80