Page 71 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 71
SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN MATEMATIK)
Nama Program : Sarjana Pendidikan (Pendidikan Matematik)
Kod Program : POD
Mod Program : Kursus dan Penyelidikan
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
1. Jenis Program
Program secara Kursus dan Penyelidikan iaitu program pengajian secara gabungan perkuliahan dan penyelidikan yang membawa kepada
penghasilan disertasi.
2. Syarat Kemasukan
Kelayakan masuk untuk mengikuti program ini adalah seperti berikut:
(1) Pelajar Tempatan
a. Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan dengan Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau yang
setaraf dengannya dalam pengkhususan matematik;
atau
b. Ijazah Sarjana Muda berasaskan Matematik dengan Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau yang
setaraf dengannya;
dan
i. Diploma Pendidikan pasca ijazah dengan Kumulatif (PNGK) 3.00;
atau
ii. Kelayakan perguruan yang diiktiraf oleh Universiti;
atau
iii. Pengalaman mengajar tidak kurang daripada satu tahun yang berkaitan dari Institusi yang diiktiraf oleh Senat;
atau
iv. Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf
atau
v. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh senat dari semasa ke semasa
(2) Pelajar Antarabangsa
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat
Universiti Malaya.
dan
Memperolehi skor minimum band 5.5 bagi International English Language Testing System (IELTS)(Academic).
57