Page 80 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 80
SARJANA PENDIDIKAN
(PENDIDIKAN SAINS)
Nama Program : Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sains)
Kod Program : POC
Mod Program : Kursus dan Penyelidikan
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
1. Jenis Program
Program secara Kursus dan Penyelidikan iaitu program pengajian secara gabungan perkuliahan dan penyelidikan yang
membawa kepada penghasilan disertasi.
2. Syarat Kemasukan
Kelayakan masuk untuk mengikuti program ini adalah seperti berikut:
(1) Pelajar Tempatan
a. Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00
atau yang setaraf dengannya dalam pengkhususan matematik;
atau
b. Ijazah Sarjana Muda berasaskan Sains dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau
yang setaraf dengannya;
dan
(i) Diploma Pendidikan pasca ijazah dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.00;
atau
(ii) Kelayakan perguruan yang diiktiraf oleh Universiti;
atau
(iii) Pengalaman mengajar tidak kurang daripada satu tahun yang berkaitan dari Institusi yang diiktiraf oleh
Senat;
atau
(iv) Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf
atau
(v) kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya dan diperakukan oleh senat dari semasa ke semasa
(2) Pelajar Antarabangsa
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat Universiti
Malaya.
66