Page 89 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 89
Program ini merangkumi Empat Puluh Lima (45) jam kredit yang merangkumi Dua Belas (12) jam kredit bagi kursus teras, Dua
Puluh Satu (21) jam kredit bagi kursus elektif dan Dua Belas (12) jam kredit bagi projek penyelidikan yang melibatkan aktiviti
kuliah, tugasan, perbincangan, pembentangan, penyelidikan, lawatan dan pendekatan yang berasaskan teknologi.
Kursus Teras Fakulti (Pilihan Wajib)
PQB 7001 Kaedah Penyelidikan Pentadbiran Dalam Pengurusan Pendidikan 3 kredit
PQB 7002 Pengurusan Organisasi Pendidikan 3 kredit
PQB 7003 Konsep dan Amalan Dalam Pengurusan Pendidikan 3 kredit
PQB 7004 Kepimpinan Pendidikan 3 kredit
Kursus Elektif (Pilih Tujuh)
PQB 7005 Pengurusan Sumber Manusia Dalam Pendidikan 3 kredit
PQB 7006 Seminar Amalan Profesional Dalam Pengurusan Pendidikan 3 kredit
PQB 7007 Kualiti Pendidikan 3 kredit
PQB 7008 Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan 3 kredit
POF 7005 Perundangan Dalam Pendidikan 3 kredit
PQB 7009 Perancangan dan Pengurusan Program Pembangunan Staf 3 kredit
PQB 7010 Pengurusan Dasar Strategik Dalam Pendidikan 3 kredit
PQB 7011 Perancangan Kewangan dan Ekonomi Pendidikan 3 kredit
POG7004 Pengurusan Kurikulum 3 kredit
Penyelidikan
PQX 7002 Projek Penyelidikan 12 kredit
PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan
1. Pendaftaran Kursus
(1) Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan semester.
(2) Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk kredit yang diperuntukan bagi
penyelidikan pada mana-mana semester melainkan ia diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.
2. Penyeliaan
Pelantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.
3. Ketetapan Bidang Penyelidikan
Ketetapan bidang bagi disertasi hendaklah dilakukan sebelum calon memulakan penyelidikannya.
4. Penyerahan
(1) Tajuk laporan penyelidikan hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan tidak lewat dari sebulan sebelum
calon menyerahkan laporan penyelidikannya untuk pemeriksaan
(2) Calon hendaklah menyerahkan laporan penyelidikannya untuk peperiksaan dalam tempoh pencalonannya. Tempoh
yang diambil untuk pemeriksaan laporan penyelidikannya dan apa-apa tempoh pembetulan atau kajian lanjut yang
diperlukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa tidak dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh maksimun pencalonan
calon.
75