Page 96 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 96

(2)    Pelajar Antarabangsa

                           Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh    Senat
                           Universiti Malaya.

                           dan

                           Memperolehi skor minimum band 5.5 bagi International English Language Testing System (IELTS)(Academic).

                           atau

                           Memperolehi skor minimum sebanyak 550 (Paper based), skor 213 (Computer based) atau skor 80 (Internet based)
                           bagi Test of English as a Foreign Language (TOEFL)

            3.      Tempoh Pengajian

                    Tempoh Minimum       : 3 Semester Biasa
                    Tempoh Maksimum      : 8 Semester Biasa


            4.      Matlamat Program

                    Untuk menghasilkan warga pendidik yang dinamik dan reflektif yang dilengkapi pengetahuan mantap dan berupaya memantau
                    dan memperbaiki amalan mereka serta boleh mengaplikasi pengetahuan praktikal, teori pendidikan dan penyelidikan untuk
                    menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan bidang pendidikan khas.
            .

            5.      Hasil Pembelajaran Program

                    Di  akhir program, pelajar dapat;

                        Domain                                 Hasil Pembelajaran
                         MQF
                         PO1      Meneroka secara mendalam pengetahuan dalam bidang pendidikan khas

                         PO2      Mengintegrasi pengetahuan dalam bidang pendidikan khas melalui kemahiran praktikal seperti
                                  pengajaran, penilaian dan penyelidikan

                         PO3      Mengaplikasikan kemahiran dan tanggungjawab sosial terhadap isu semasa dalam bidang
                                  pendidikan khas

                         PO4      Mengamalkan nilai etika, sikap keprihatinan dan amalan profesionalisme dalam bidang pendidikan
                                  khas

                         PO5      Mengaplikasikan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan dengan pelbagai pihak
                                  bagi melaksanakan aktiviti dalam bidang pendidikan khas

                         PO6      Menganalisis isu dalam bidang pendidikan khas secara kritis dan menyelesaikan masalah dengan
                                  kemahiran saintifik

                         PO7      Mengamalkan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang
                                  pendidikan khas







                                                                                                           82
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101