Page 100 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 100
Struktur Program Sarjana Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) berasaskan pendekatan bersifat kontemporari untuk
melahirkan guru, pensyarah, jurulatih dan perekabentuk instruksi yang cemerlang. Kandungan kurikulum direkabentuk
bersandarkan perkembangan ilmu pendidikan daripada perspektif perkhidmatan dan pengajaran yang sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Negara serta Pelan Transformasi Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.
Program ini merangkumi Empat Puluh Dua (42) jam kredit yang merangkumi Sembilan (9) jam kredit bagi kursus teras, Sembilan
(9) jam kredit bagi kursus elektif dan Dua Puluh Empat (24) jam kredit bagi disertasi yang melibatkan aktiviti kuliah, tugasan,
pembentangan, kerja projek, perbincangan bersemuka dan forum dalam talian, dan pembelajaran teradun (blended learning).
Kursus Teras Fakulti (Pilihan Wajib)
POX 7001 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan 3 kredit
POB 7001 Perkembangan Kanak-kanak 3 kredit
POB 7008 Kurikulum Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak 3 kredit
Kursus Elektif (Pilih Tiga)
POB 7003 Organisasi dan Pentadbiran Program Pendidikan Awal
Kanak-kanak 3 kredit
POB 7004 Bahasa dan Literasi Awal Kank-kanak 3 kredit
POB 7005 Mainan dan Peluahan Kreatif dalam Pendidikan Awal
Kanak-kanak 3 kredit
POB 7006 Intervasi Awal Kanak-kanak 3 kredit
POB 7007 Trend dan Isu Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak 3 kredit
POD 7006 Pengajaran Matematik masa Amal Kanak-kanak 3 kredit
Disertasi
POB 7002 Disertasi 24 kredit
PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
1. Pendaftaran Kursus
(1) Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan semester.
(2) Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk kredit yang diperuntukan
bagi penyelidikan pada mana-mana semester melainkan ia diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.
2. Penyeliaan
Pelantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.
3. Ketetapan Bidang Penyelidikan
Ketetapan bidang bagi disertasi hendaklah dilakukan sebelum calon memulakan penyelidikannya.
4. Penyerahan
86