Page 102 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 102
SARJANA PENDIDIKAN
(PENGUKURAN DAN PENILAIAN)
Nama Program : Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian)
Kod Program : POM
Mod Program : Kursus dan Penyelidikan
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
1. Jenis Program
Program secara Kursus dan Penyelidikan iaitu program pengajian secara gabungan perkuliahan dan penyelidikan yang
membawa kepada penghasilan disertasi.
2. Syarat Kemasukan
Kelayakan masuk untuk mengikuti program ini adalah seperti berikut:
(1) Pelajar Tempatan
(a) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.00
atau
(b) Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan dengan PNGK 3.00 ;
atau
(c) Ijazah Sarjana Muda; dan
i. Diploma Pendidikan pasca ijazah dengan PNGK 3.00;
atau
ii. Kelayakan perguruan yang diiktiraf oleh Universiti;
atau
iii. Diploma Pendidikan dari Institusi yang diiktiraf oleh Senat;
atau
iv. Pengalaman tidak kurang daripada satu tahun dalam bidang yang berkaitan dengan Pengukuran dan
Penilaian;
atau
v. Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf;
atau
vi. Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.
88