Page 97 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 97
6. Struktur Program
Struktur Program Pendidikan (Pendidikan Khas) berasaskan pendekatan bersifat kontemporari untuk melahirkan pendidik yang
cemerlang dalam bidang pendidikan khas. Kandungan kurikulum direkabentuk bersandarkan perkembangan ilmu pendidikan
daripada perspektif perkhidmatan dan pengajaran yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan Negara,
Pelan Transformasi Negara serta Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2013 – 2015).
Program ini merangkumi Empat Puluh Lima (45) jam kredit yang merangkumi Dua Belas (12) jam kredit bagi kursus teras, Tiga
(3) jam kredit bagi kursus pilihan dan Tiga Puluh (30) jam kredit bagi disertasi yang melibatkan aktiviti kuliah, tugasan,
pembentangan, kerja projek, perbincangan bersemuka dan forum dalam talian, dan pembelajaran teradun (blended learning).
Kursus Teras Fakulti (Pilihan Wajib)
POL 7001 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan Khas 3 kredit
POL 7002 Perkembangan Pendidikan Khas 3 kredit
POL 7003 Kurikulum, Penaksiran dan Penilaian bagi 3 kredit
Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
POL 7004 Pendekatan Pengajaran untuk Pelajar 3 kredit
Ketidakupayaan Ringan, Sederhana, dan Serius
Kursus Elektif (Pilih Satu)
POL 7005 Diagnosis dan Pemulihan dalam Bacaan 3 kredit
POL 7006 Terapi dan Intervensi untuk Pelajar Berkeperluan Khas 3 kredit
POL 7007 Matematik untuk Pelajar Berkeperluan Khas 3 kredit
PON 7008 Psikologi Kanak-kanak Berbakat 3 kredit
Disertasi
POX 7002 Disertasi 30 kredit
PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
Ijazah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas)
1. Pendaftaran Kursus
(1) Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan semester.
(2) Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk kredit yang diperuntukan
bagi penyelidikan pada mana-mana semester melainkan ia diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.
2. Penyeliaan
Pelantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.
3. Ketetapan Bidang Penyelidikan
Ketetapan bidang bagi disertasi hendaklah dilakukan sebelum calon memulakan penyelidikannya.
4. Penyerahan
(1) Tajuk disertasi hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan semasa calon memberi notis untuk penyerahan
disertasinya.
(2) Calon hendaklah menyerahkan disertasi untuk peperiksaan dalam tempoh pencalonannya. Tempoh yang diambil untuk
pemeriksaan disertasi dan apa-apa tempoh pembetulan atau kajian lanjut yang diperlukan oleh Jawatankuasa Pemeriksa
tidak dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh maksimun pencalonan calon.
83