Page 98 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 98
SARJANA PENDIDIKAN
(PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)
Nama Program : Sarjana Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak)
Kod Program : POB
Mod Program : Kursus dan Penyelidikan
KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
1. Jenis Program
Program secara Kursus dan Penyelidikan iaitu program pengajian secara gabungan perkuliahan dan penyelidikan yang membawa kepada
penghasilan disertasi.
2. Syarat Kemasukan
Kelayakan masuk untuk mengikuti program ini adalah seperti berikut:
(1) Pelajar Tempatan
(a) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.00;
atau
(b) Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan PNGK sekurang-kurangnya 3.00
atau
(c) Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan dengan PNGK 3.00 ;
atau
(d) Ijazah Sarjana Muda; dan
i. Diploma Pendidikan pasca ijazah dengan PNGK 3.00;
atau
ii. Kelayakan perguruan yang diiktiraf oleh Universiti;
atau
iii. Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dari Institusi yang diiktiraf oleh Senat;
atau
iv. Pengalaman tidak kurang daripada satu tahun dalam bidang yang berkaitan dengan Pendidikan Awal Kanak-
kanak;
atau
v. Kelayakan ikhtisas dari badan profesional yang diiktiraf;
atau
vi. Kelayakan lain yang diluluskan oleh Senat dari semasa ke semasa.
84