Page 99 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 99
atau
vii. Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh
Senat Universiti Malaya.
(2) Pelajar Antarabangsa
Mempunyai kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diperakukan oleh Senat
Universiti Malaya.
dan
Memperolehi skor minimum band 6.0 bagi International English Language Testing System (IELTS)(Academic).
atau
Memperolehi skor minimum sebanyak 600 (Paper based) bagi Test of English as a Foreign Language (TOEFL)
3. Tempoh Pengajian
Tempoh Minimum : 3 Semester Biasa
Tempoh Maksimum : 8 Semester Biasa
4. Matlamat Program
Untuk ahli profesional dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran mendidik,
mengasuh kanak-kanak, membangunkan kurikulum, menilai proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, mengurus dan
mentadbir program yang berkaitan dan pendidikan awal kanak-kanak, mengenalpasti pedagogi, pendekatan proses pengajaran
dan pembelajaran, sumber dan inovasi untuk mempertingkatkan pembelajaran dalam pelbagai konteks pendidikan awal kanak-
kanak.
5. Hasil Pembelajaran Program
Di akhir program, pelajar dapat;
Domain Hasil Pembelajaran
MQF
PO1 Menguasai teori dan pedagogi yang sesuai dalam perkembangan dan pendidikan awal kanak-
kanak
PO2 Mengaplikasikan teori ke praktis sebenar di bilik darjah untuk mempertingkatkan pembelajaran
dan prestasi kanak-kanak.
PO3 Menunjukkan minat dan keperihatinan terhadap perkembangan kanak-kanak dan dunia
pendidikan awal kanak-kanak
PO4 Berpegang kepada standard etika dalam pendidikan dan amalan paling berkesan dalam bidang
pendidikan awal kanak-kanak.
PO5 Berkomunikasi dengan berkesan dan dapat bekerjasama dalam komuniti pendidikan awal kanak-
kanak dalam kepimpinan yang sesuai dan mengikut kehendak semasa.
PO6 Menganalisis secara kritis penyelidikan, aliran dan isu berkaitan dengan bidang pendidikan awal
kanak-kanak.
PO7 Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan mengurus maklumat yang berkaitan
dengan pendidikan awal kanak-kanak
6. Struktur Program
85