Page 104 - Handbook Postgraduate 2017 2018
P. 104
6. Struktur Program
Struktur Program Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian) berasaskan pendekatan bersifat kontemporari untuk
melahirkan graduan pendidikan awal kanak-kanak yang cemerlang. Kandungan kurikulum direkabentuk bersandarkan
perkembangan ilmu pendidikan daripada perspektif perkhidmatan dan pengajaran yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Wawasan Negara serta Pelan Transformasi Negara.
Program ini merangkumi Empat Puluh Lima (45) jam kredit yang merangkumi Dua Belas (12) jam kredit bagi kursus teras, Tiga
(3) jam kredit bagi kursus elektif dan Tiga Puluh (30) jam kredit bagi disertasi / laporan penyelidikan yang melibatkan aktiviti
kuliah, tugasan, perbincangan, pembentangan, penyelidikan, lawatan dan pendekatan yang berasaskan teknologi.
Kursus Teras Fakulti (Pilihan Wajib)
POX 7001 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan 3 kredit
POM 7002 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan 3 kredit
PQX 7001 Statistik untuk Penyelidikan dalam Pendidikan 3 kredit
POM 7001 Teori Pengukuran 3 kredit
Kursus Elektif (Pilih Satu)
POM 7003 Asas Analisis Faktor 3 kredit
POM 7004 Rekabentuk Instrumen dan Pembinaan Item 3 kredit
POM 7005 Model-model Penilaian 3 kredit
POM 7006 Penilaian Program 3 kredit
PON 7006 Pengujian Psikologi 3 kredit
Disertasi
POX 7002 Disertasi 30 kredit
PERATURAN-PERATURAN UNIVERSITI MALAYA (IJAZAH SARJANA) 2014
Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian)
1. Pendaftaran Kursus
(1) Pendaftaran kursus dilakukan dalam tempoh selama dua (2) minggu dari tarikh permulaan semester.
(2) Seseorang calon hendaklah mendaftar sekurang-kurangnya tiga (3) kredit kursus termasuk kredit yang diperuntukan
bagi penyelidikan pada mana-mana semester melainkan ia diluluskan penarikan diri daripada semester berkenaan.
2. Penyeliaan
Pelantikan penyelia dilakukan tidak lewat daripada semester pertama pengajian.
3. Ketetapan Bidang Penyelidikan
Ketetapan bidang bagi disertasi hendaklah dilakukan sebelum calon memulakan penyelidikannya.
4. Penyerahan
(1) Tajuk disertasi hendaklah dikemukakan kepada Fakulti untuk kelulusan semasa calon memberi notis untuk penyerahan
disertasinya.
(2) Calon hendaklah menyerahkan disertasi untuk peperiksaan dalam tempoh pencalonannya. Tempoh yang diambil
untuk pemeriksaan disertasi dan apa-apa tempoh pembetulan atau kajian lanjut yang diperlukan oleh Jawatankuasa
Pemeriksa tidak dianggap sebagai sebahagian daripada tempoh maksimun pencalonan calon.
90